Bismillah

#catatan untuk diriku sendiri
1. Bangun sebelum subuh | 2. Sholat wajib 5 kali di awal waktu | 3. Luangkan waktu baca Al-Qur'an | 4. Selalu tersenyum :) | 5. Memulai sesuatu dengan Bismillah | 6. Sebarkan Salam | 7. Perbanyak sedekah | 8. Kamu tidak terlalu tua untuk memulai berbuat baik :) | 9. Sebarkan pesan ini sekarang juga
by : @teladanrasul Twitter Saya

Thursday, November 15, 2012

Akhwatku Sayang

Akhwatku Sayang,

Kelibat mataku memandang tajam, Lantas butiran airmata jatuh berguguran, Melihat nasib pendukung agama, Yang lemas terus dibawa arus, globalisasi dan “kemodernan”

Akhwatku Sayang, Wajah yang dulunya bersih, dicoret dengan warna-warni untaian dosa. Bibir yang dulunya suci, diwarnai pelbagai warna yang menggiurkan. Hijabmu ibarat senjata yang ampuh, turut disalahgunakan.

Akhwatku Sayang, Tempat yang suci dijadikan medan pertandingan, dengan pameran busana yang memukau, dengan fesyen dan warna yang garang, takkan terlepas dari lirikan mata yang memandang.

Siapa yang lagi menarik?
Siapa yang lagi cantik?
Siapa yang lagi ramai peminat?
Tanpa sadar, niat semula berubah, tanpamu mengizinkan.

Akhwatku Sayang, Cantiknya wanita itu, bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu.

Cantiknya wanita itu, bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu.

Cantiknya wanita itu, bukan kerana manjanya nada suaramu.

Cantiknya wanita itu, bukan kerana kelembutan yang bukan pada tempatmu.

Cantiknya wanita itu, bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu.

Namun Akhwatku Sayang, Cantiknya wanita itu terletak pada bibirmu yang selalu berzikir, pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhu, pada hatimu yang penuh kasih dan taqwa, pada pendirianmu yang tak goyah, memperjuangkan agamamu, yang semakin hari semakin parah, kerana madrasah utama ummah, hilang arah dan tujuan kehidupan.

Akhwatku Sayang, Mengapa harus berbangga diri, Tiada yang tinggal dalam jasadmu, kecuali rohmu yang suci, janganlah engkau kotorkan dengan mengikuti nafsu. Yang menjadi pinjaman pasti akan dipulangkan, kepada Pemiliknya kelak.

Akhwatku Sayang, Sudah engkau menjadi penyebab fitnah, yang sudah termaktub sejak beribu tahun dahulu. Apakah engkau sanggup merealisasikan sebuah fitnah, yang mampu menggoncang keimanan setiap yang bernama lelaki?

Akhwatku Sayang, Bukan diskriminasi Tuhan, yang menciptakanmu sedemikian, kerana engkau ibarat mutiara yang bernilai. Yang sewajarnya dijaga rapi setiap ketika.

Selayaknya simpanlah kecantikanmu, kepada yang layak engkau pamerkan. Bahkan pahala yang bakal dikurnia, jika diberi pada tempatnya dan tepat orangnya. Pada Imammu kelak.. Aamiin Ya Rabbal'alamin.

No comments:

Post a Comment